Sabtu, 14 November 2020

 5 Tahun Kemudian...

Hari ini 14 November 2020, aku dapat satu email yang mengatakan ada orang komen di blog USIM aku 5 tahun lepas. Dan aku macam "Woww!" Selepas 5 tahun ada lagi orang jumpa blog aku? Maka, aku pun buka la balik blog ni, tiup-tiup habuk, tengok semula apalah yang aku dah merepek dalam blog ni.  Ada dua post je pun. Tapi rasa not bad jugak penulisan aku masa berumur 18 tahun dulu.


 

    Jadi, selepas 5 tahun, aku dah tamat degree kos Bahasa Arab, dah selesai temuduga SPP dan sedang bersenang-senang di rumah menunggu panggilan kerja. Gitu.  Ada niat nak kerja part time tapi parents tak izinkan. Maka, kita duduk diam-diam je la di rumah ye.  

    Oh ye. Covid-19. Satu perkataan baharu untuk manusia yang hidup pada tahun 2019, 2020 dan mungkin tahun-tahun yang akan datang.  Kami semua sedang tertakluk pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jadi tak boleh rentas daerah, tak boleh rentas negeri dan tak boleh keluar dari Malaysia.  Kalau hilang ingatan, tolong baca ni semula ye Suhaili.  Kau pernah hidup dalam era Corona haha.  

    Aku pun tak tahu bila aku akan dapat kerja tapi aku dah set negara mana aku nak pergi bila dah bergaji nanti hahaha. Angan-angan itu percuma. First, nak pergi umrah.  Second, nak pergi Korea dan third, nak pergi Turkey.  Sebelum umur 30 nak jejak semua negara di Asia Tenggara khususnya negara jiran dan nak memiliki Master.  Sesiapa yang baca ni tolong aminkan ye! 

    Moga aku terus mengingati kewujudan blog ni dan ada effort untuk update walaupun tak ada orang baca. Anneyoung! 

Lilyyy, 2020. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan