Jumaat, 12 Jun 2015

USIM

So guys. memandangkan 22 Jun masih lama dan aktiviti dekat rumah ni pon tak berapa rancak jadi kesempatan ni akuambil untuk share sedikit pengalaman yang diizinkan Sang Pencipta unutk aku lalui.

before aku dapat tawaran ke ipg IPSAH ni, aku mendaftar di USIM. sebab ye lahh kan. result kemasukan ke ipg kesayangan ni kan lambat. so, nak tak nak perlulah mendaftar di universiti yang ditawarkan dulu.

tarikh mendaftar di USIM ahaa! 25 Mei 2015. tapi two weeks sebelum tu aku n family dah datang dulu survey. supaya masa hari pendaftaran nanti tak kalut or sesat ke an. berdepan dengan pintu pagar USIM tu ade bangunan Canselor. memang kedabak gempak gile mak aii. ala2 dekat putrajaya gitu. dari situ, aku dah start fall in love dah dengan USIM hek.



okey, tak lupa jugak roundabout iqra' yang terletak antara bangunan canselor dengan pintu pagar utama USIM. memang daebak memang canteq ummphh! sememangmya perkataan iqra' ni menaikkan semangat kita lah an untuk belajar, untuk membaca. sedangkan Rasulullah SAW pon diberi arahan untuk membaca, maka apatah lagi kita ni hamba yang biasa. yang kalau nak dibandingkan darjatnya dengan Rasulullah umpama langit dengan bumi.


okey, pendaftaran student tamhidi usim di buat di dewan Tuanku Canselor. dewan nya besarrr and selesa. aircond lengkap, tandas cun and dindig nye pon banyak dari crmin ehehe. aku ni orang kampung memey jakun la tengok bangunan besau2 ni.





haa gambar yang kat atas ni berlaku masa hari perasmian dewan tersebut. dalam seminggu selepas aku mendaftar la. maksudnya kat sini, time kitorang mendaftar kat dewan ni, dewan Tuanku Canselor ni belom dirasmikan. mean, masih baru lagi dewan ni haa. wifi pon paduuu kawww hik.

okey, next nak cerita tentang kolej kediaman bagi pelajar tamhidi. nama kolej kediaman kami ialah Kolej Kediaman Nilam Court. terletak dalam 12 km dari kampus USIM. jauhh kan. kalau macam rumah aku kat ayer hitam ni, 12 km tumacam Ayer Hitam ke Parit Raja la gituu. tapi jangan risau awak2 sekalian. perkhidmatan bas yang punctual, selesa dan berhemah disediakan.




Haa tu nampak tu gambar nye. Kolej Kediaman Nilam Court ni selalunya kami sebut sebagai KKNC. memang best sangat duduk kat KKNC ni sebab dia macam ala2 rumah flat tau. satu rumah ada 8 orang. dalam rumah tu ade 3 bilik. satu bilik tu untuk 4 orang, dan baki lagi dua bilik duduk berdua. dalam setiap rumah juga disediakan meja belajar seorang satu. emm macam meja dalam kelas masa kita sekolah menengah tu la. tandas bahagi dua. satu billik mandi, satu lagi toilet buang air. ada satu sinki, and setiap rumah ada ampaian sendiri. bagi aku yang 5 tahun dari form 1 sampai form 5 tinggal kat asrama ni, KKNC ni memang jjaaaaauuuhhhhh lagi selesa kalau nak dibandingkan masa kat asrama dulu.

untuk bas pulak, tak ada apa yang nk dirisaukan sebab masa mingu orentasi nanti akan diberi jadual bas. so alahh tak de problem lansung la bab bas ni. asalkan korang punctual, sume settle punyer !

berhadapan dengan KKNC ni ada satu taman rekreasi. kat situ ada tasik, air pancur. memang release tension giler la kalau hujung minggu dapat jogging kat situ lepas subuh. and the best thing is, senior2 USIM  selalu buat program kat situ. macam sharing moment, usrah. so hujung minggu tu memang terisi dengan program ilmiah. kita pon perlukan jugakkan ruang untuk diri sendiri. takkan lah dua hari hujung minggu yang takde kelas tu 48jam nak ngadap buku? kemon, kita kene ade life. time relax, tutup buku n have your time!

senior USIM sangat sangat teramat amat lah baik. bila tengok cara diorang layan n guide kami pelajar tamhidi ni, rasa menyesal sangat sebab masa form 5 dulu aku tak jadi senior sebaik dyorang. jangan risau, no ragging here! inilah biah Islam yang sebenarnya. hormat-menghormati tak kira umur dan pangkat. kenapalah masa aq f5 dulu aku tak sebaik diorang? hmmmm




okey, bagi pelajar tamhidi, yang kat atas ni bangunan korang! maksudnya most lecture akan diadakan di bangunan ni. and all tutor class pon akan diadakan dalam bangunan ni. bangunan ni memang lengkap dengan semua kemudahan. wifi, musolla, toilet, cafe. and kalau cakap pasal cafe, act cafe kat USIM ni berlambak. boleh dikatakan setiap bangunan ada cafe nye sendiri.

dewan kuliah dekat USIM memang mantopp. aircond padu and kerusi empuk. cuma meja tu memang meja yang kecik molek tu je la an. bukannya meja macam kat sekolah dulu. lecturer pulak hmmm. sangat awesome. kalau aku dulu math dengan miss faeza. bio dengan madam Khadijah. fizik dengan madam Ashikin. chemist dengan madam Latipah. arab dengan sir/ustaz Hakim and quran wa hadith dengan ustaz Sanusi. memang besstttt! cuma miss Faeza aku akui dia sedikit tegas & strict orangnya. tapi kalau time lecture memang paham giler giler la ape yang dia ajar. yang kelakar gila madam Ashikin and ustaz Sanusi. time briefing subject ngan ustaz Sanusi, aku punya gelak sampai tepuk tepuk meja bakhang! memang lawak gile ya Allah! hahahaha. kalau ingat balik pon boleh tersenyum sorang2 aku.

dari segi culture shock, bagi aku tak ada apa sangat lah. sebab USIM memang ambik student yang bakground agama so tak de perubahan drastik sangat la dari segi pergaulan. laki pandang perempuan macam tiang and perempuan pon pandang laki macam tiang. dekat universiti ni dah tak ada nak menganjing nganjing bagai. hal kau, kau punya pasal. hal aku, aku settle sendiri. best! apa yang kita buat tak de sapa nak kisah.

k penutup. walaupun aku seminggu lebih je dekat USIM, haa kau tengoklahh dah berapa banyak aku bebel pasal universiti ni. aku berasa bersyukur sangat sebab Allah bagi aku rasa pengalaman untuk bergelar pelajar tamhidi perubatan USIM walaupun sekejap. sungguh, aku selesa, tenang sepanjang di sana. Allah temukan aku dengan housemate yang ceria, lecturer lecture yang hebatt. and act masa aku dapat tawaran pergi ipg ni, aku memang rasa sayaangggg sangat nak tinggalkan USIM. tapi, kita dah dapat petunjuk istikharahkan, takkan lah nak menolak hidayah Tuhan. and hati aku pun lebih cenderung dan yakin untuk menceburi bidang pendidikan dan meninggalkan dunia perubatan.

pesanan aku, walaupun besar sikit modal nak menjadi pelajar USIM ni, ditambah dengan harga buku and labcoat yang boleh buat kita tercekik, 'jangan berkira dengan ilmu'. better kita melabur beribu-ribu untuk ilmu daripada melabur untuk benda lagha yang lain. lagipun guys, duit boleh cari. janganlah risau sangat k!

so, kalian semua mohon doakan aku di tempat baru nanti. ipg kampus Sultan Abd Halim, Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah. semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi tangapan baik kepada korang semua terhadap USIM :)

assalamualaikum.

2 ulasan:

  1. Terbaiklahhh. Saya student usim first year 19/20 duk kknc jugak huhu memang besttt

    BalasPadam